"Senangnya Dia Buat Duit, Hack IG Orang Lepas Tu Minta Duit" - Penggodam Instagram Ali Puteh Minta...

Badrul Hashim
Februari 26, 2020 05:55 MYT
Selepas Instagram milik pelawak Ali Puteh digodam dan seterusnya Instagram milik isterinya pula digodam, Ali mendedahkan satu mesej yang dihantar kepadanya.
Mesej itu menunjukkan penggodam tersebut cuba mendapatkan wang berjumlah RM30,000 untuk dia memulangkan balik akaun Instagram milik Ali.
"Alhamdulillah ni IG saya yang dicuri itu. Mahukan duit rupanya Semoga Allah terima taubat kamu. Allahuakbar," tulis Ali pada entri berkenaan.
Dalam pada itu ramai netizen yang meminta Ali supaya banyak bersabar dan pada masa yang sama membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Baca: Akaun Instagram Kena Hack, Ali Puteh Terima Ujian Allah
Baca: Tidak Cukup Dengan Akaun Sendiri, Kini Akaun Instagram Isteri Ali Puteh Pula Digodam
#Ali Puteh #Instagram #Godam