[SENARAI LENGKAP PEMENANG] - Filem Dukun & Drama Bersiri Nur Dominasi Anugerah Skrin 2018

Asraf Aided
November 2, 2018 15:50 MYT
Filem arahan Dain Said, Dukun berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018).
Selain itu, filem ini turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Namron), Pengarah Filem Terbaik (Dain Said) dan Pelakon Wanita Terbaik Filem (Datin Seri Umie Aida).
Drama bersiri Nur memenangi tiga trofi menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu), Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian(Amyra Rosli) dan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - (Syafiq Kyle).
Karya arahan Rashid Sibir, Pendosa Ingin Ke Syurga dinobatkan sebagai Drama Terbaik dalam anugerah berprestij ini.
Drama ini turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Rashid Sibir) dan Pelakon Pembantu Wanita Drama (Fauziah Nawi).
Dimensi baharu ditampilkan apabila tiada hos utama dalam anugerah ini, sebaliknya menampilkan 12 selebriti popular yang diberi tanggungjawab untuk menyampaikan anugerah.
12 penyampai anugerah tersebut adalah Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Maya Karin, Ayda Jebat, Zahirah Macwilson, Elly Mazlein, Sherry Alhadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.
Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2018 :
Penyunting Drama Terbaik - Qalbu
Videografi Drama Terbaik - Nisaa
Lakon Layar Terbaik - Dukun
Lakon TV Terbaik - Aku Nazmi
Rancangan Majalah Terbaik - 999
Rancangan Realiti Terbaik - Let's Cycle
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Normah Damanhuri : Pinjamkan Hati
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Namron : Dukun
Drama Komedi Terbaik - Mat Rukun
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fauziah Nawi : Pendosa Ingin Ke Syurga
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi : Qalbu
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Skrin 2017
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Amyra Rosli : Nur
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Syafiq Kyle : Nur
Pengarah Terbaik Filem - Dain Said : Dukun
Pengarah Terbaik Drama - Rashid Sibir : Pendosa Ingin Ke Syurga
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Datin Seri Umie Aida : Dukun
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Shaheizy Sam : Pinjamkan Hatiku
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nad Zainal : Fatonah Azali
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Jay Iswazir : Aku Nazmi
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina) - Green Wall
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) - Nur
Filem Terbaik - Dukun
Drama Terbaik - Pendosa Ingin Ke Syurga
Foto : Instagram @tv3malaysia
#Dukun #Pemenang #Anugerah Skrin 2018