Terkini

Senarai Telefilem Raya Best Yang Korang Boleh Layan Di Astro Syawal Ini!

gempak
Umirah Halim
04/04/2024
12:00 MYT
Sponsor Banner
Senarai Telefilem Raya Best Yang Korang Boleh Layan Di Astro Syawal Ini!
Istimewa sepanjang bulan Syawal yang bakal dirai, Astro tidak melepaskan peluang bagi menceriakan suasana atau mood raya anda melalui pelbagai program menarik terutamanya sepanjang minggu raya pertama.
Seperti menjadi tradisi ketika Aidilfitri menonton televisyen bersama keluarga, penonton setia pastinya tertanya-tanya apakah program menarik yang bakal ditayangkan di Astro pada tahun ini.
Jadi, min akan senaraikan antara telefilem-telefilem hebat khas sempena Aidilfitri untuk tontonan anda sepanjang Syawal kali ini!

Hijab Pendosa

Tayangan: 1 Syawal, 11 malam
Pengarah: Fairuz Loy
Pelakon: Jaja Ileyas, Bell Ngasri
Sinopsis Hijab Pendosa:
Semasa kecil, Safiya mencuri ketupat buat emaknya yang sakit, Mahani. Mahani sudah meninggal dunia, setiba Safiyya di rumah. Ini menyebabkan dia trauma dan berdendam dengan ayahnya Hijab yang telah mengabaikan dia dan arwah emaknya. Safiya Berjaya dalam kerja dan membesar sebagai seorang Perempuan yang berhati waja. Apabila Safiya bertemu dengan Hijab yang telah merampas kebahagiannya dan menjadi pengemis, Safiya terpaksa berdepan semula dengan trauma masa silamnya.

Pinggan Retak di Tapak Tangan

Tayangan: 2 Syawal, 11 malam
Pengarah: Harris Fadzillah Abd Samad
Pelakon: Dato Jalaluddin Hassan, Azri Safix, Datuk Fauziah Nawi
Sinopsis Pinggan Retak di Tapak Tangan:
Mak Yah adalah seorang wanita tua yang menghidap penyakit Alzheimer. Suaminya, Pak Brahim telah menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak. Mereka telah menganggap Arman, seorang pendatang yang tinggal berhampiran mereka sebagai anak sendiri. Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap 4, dia tetap menjaga Mak Yah. Apabila Arman meninggal dunia akibat kemalangan, Mak Yah menjadi makin teruk. Dia mula mencederakan suaminya. Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital. Ketika takbir raya berbunyi, mereka bersatu semula, sambil tersenyum ke arah satu sama lain.

Kurung Kerawang Untuk Adik

Tayangan: 3 Syawal, 11 malam
Pengarah: Amy Nawari
Pelakon: Shafie Naswip, Noor Khiriah, Puteri Rafasya
Sinopsis Kurung Kerawang Untuk Adik:
Shazwi dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang dibebani dengan tanggungjawab untuk membesarkannya bersama tiga org adiknya dan salah seorangnya dari adiknya, Yana merupakan anak kurang upaya juga penghidap penyakit jantung kronik. Semasa meminta bantuan keluarga untuk membantu Yana, shazwi tanpa sengaja telah mencederakan makciknya, Saerha dan menyebabkan dia dihukum penjatra selama 2 tahun, Apabila keluar dari penjara impiannya untuk membeli baju kurung kerrawang buat adiknya, Yana kerana telah berjanji. Namun untuk mendapatkan pekerjaan dan keyakinan dari masyrakat adalah satu cabaran kerana dia adalah bekas banduan.

My Famous Ex Boyfriend Raya

Tayangan: 1 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Hadith Omar
Pelakon: Nadhir Nasar, Qasrina Karim, Hael Husaini, Ara Johari
Sinopsis My Famous Ex Boyfriend Raya:
Mengisahkan perjalanan hidup baharu Jamie, Sameera & Affan sebagai sebuah keluarga bahagia. Namun dalam keseronokan menyambut Ramadan sebagai isteri Jamie, Sameera terkenangkan masa silamnya bersama Haque Zuhal, dengan rasa simpati. Sameera mula tertanya-tanya apa yang telah berlaku kepada Haque Zuhal, dengan misi untuk mencari Haque kerana dia percaya Haque layak untuk mendapat peluang kedua. Namun Haque telah memilih untuk menjalani kehidupan baru sebagai IS. Identiti rahsianya tidak lama kemudian ditemui oleh gadis berbakat Bella, yang juga percaya bahawa Haque berhak mendapat peluang kedua dalam hidup dan kembali menjadi bintang terkenal. Namun, niat baik JAMEERA disalah faham malah dikecam hebat netizen. Dapatkah mereka kembalikan sinar bintang Haque Zuhal?
Chinta Wrong Direction Raya
Tayangan: 2 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Hadith Omar
Pelakon: Hun Haqeem, Erysha Emyra, Kimberly Chua, Nurell
Sinopsis Chinta Wrong Direction Raya:
Akid mula mengalami penyakit lamanya apabila didekati China setelah berbulan berumah tangga. Chinta mula risau adakah dia penyebab Akid trauma kembali.
Raya Dengan Cinta
Tayangan: 3 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Azmir Affandi
Pelakon: Hawa Rizwana, Che Kin Wah, Zhen Ning
Sinopsis Raya Dengan Cinta:
Rashid seorang mualaf berbangsa cina membawa isterinya Shila menyambut 10
Ramadhan terakhir dan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya yang berbangsa cina. Memandangkan keluarga shila ingin menyambut raya di Mekah dan Shila tidak dapat ikut Bersama kerana mengalami alahan disebabkan baru mengandung 3 bulan. Perlbagai masalah timbul sepanjang Shila berpuasa di rumah keluarga mertuanya sehingga menyebabkan Shila mula berputus asa untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini tetapi Rashid dan keluarganya berusaha merealisasikan Impian Shila meskipun dalam keadaan huru hara.

Overnight Wali

Tayangan: 4 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Key Faris
Pelakon: Meerqeen, Aaron Aziz, Arabella
Sinopsis Overnight Wali:
Husaini (28 tahun, bapa kepada Amanda (5 tahun), gemar membandingkan cara dia menjaga anak dengan orang lain. Dia bangun pagi berikutnya dan mendapati Amanda kini berusia 25 tahun, dan akan berkahwin lagi dua hari. Selepas mempelajari latar belakang Joey yang serba kekurangan, Husaini membuat rancangan untuk meyakinkan Amanda untuk memilih Adam, seorang lelaki yang pernah dia hina sewaktu kecil dahulu. Usahanya untuk menghentikan perkahwinan itu menyebabkan kekacauan dan ketegangan. Husaini sedar kesilapannya pada malam sebelum perkahwinan Amanda dan meminta maaf. Pagi berikutnya, Husaini terjaga dan berasa lega kerana mendapati Amanda kembali kepada usia 5 tahun. Dia bertekad untuk berubah menjadi lebih baik.

Terpaling Drama

Tayangan: 5 Syawal, 10 pagi
Pengarah: Liyana Jasmay
Pelakon: Sazy Falak, Nurel Baharin, Razin Qidran
Sinopsis Terpaling Drama:
Zee, seorang gadis moden yang baru balik dari UK untuk menyambut Hari Raya, bertengkar dengan mak dia, Hasnah, yang sangat obsess dengan drama Melayu.
Lepas bergaduh besar, Zee terjaga dalam dunia drama yang selama ni dia tak suka, termasuklah berdepan dengan adegan-adegan klise. Ketika berada dalam alam drama, Zee dingatkan tentang budaya yang ditinggalkannya dan dirinya yang sebenar. Pada mulanya, Zee ingat cinta adalah jalan keluarnya dari alam fantasi ini tetapi sebenarnya Zee harus meminta maaf dan berbaik semua dengan ibunya.
Awak Terlalu Ganu Untuk Saya
Tayangan: 1 Syawal, Petang (Warna)
Pengarah: Zizan Razak
Pelakon: Zizan Razak, Rienda Diana, Adriana Kamarudin
Sinopsis Awak Terlalu Ganu Untuk Saya:
Seorang lelaki Terengganu yang berusaha sebaik mungkin untuk menyemnbunyikan identity Terengganu-nya dari seorang gadis bandar yang disukainya, Melissa. Dia mendapat sokongan dari seorang rakan karib yang secara rahsia mencintainya, Timoh. Konflik Wan Hulaimi bermula apabila Zack curiga terhadap perbuatannya dan kedatangan Wan Hurairah ke bandar. Kejujuran yang muncul dalam hatinya membuatnya mengaku kebenaran kepada Melissa. Melissa menerimanya kerana dia sudah meyukainya. Walaubagaimanapun, Wan Hulaimi percaya bahawa gadis yang betul untuknya adalah Timon kerana dia selalu menerima dia seadanya.

Dendam Hantu Viral

Tayangan: 2 Syawal, Petang (Warna)
Pengarah: Waan Hafiz
Pelakon: Puteri Sarah Liyana, Haris Anuar, Sanjna Suri
Sinopsis Dendam Hantu Viral:
Kampung Lompat Katak sekali lagi di ganggu oleh seekor hantu yang viral. Gangguan hantu itu telah menyebabkan agenda perancangan Tok Hashim untuk mengadakan majlis kesyukuran ulangtahun perkahwinannya tergendala. Kedatangan Leha Letop dan Cikgu Wahab ke Kampung Lompat Katak pula menambahkan lagi kekecohan buat Tok Hashim dan penduduk Kampung Lompat Katak.

Zero to Millionaire

Tayangan: 3 Syawal, Petang (Warna)
Pengarah: Eoon Suhaimi
Pelakon: Zero Trio, Shashic, Julia Farhana
Sinopsis Zero to Millionaire:
Ahmad, Hamid dan Mahmud (Mad, Mid, Mud) merupakan tiga beradik yang bekerja sebagai pencuci kereta. Satu ketika seorang pelanggan menuduh mereka mencalarkan keretanya. Mad menafikan lalu bertindak agresif pada pelanggan. Akibatnya Mad, Mid dan Mud ditahan dan didakwa. Tiba tiba mereka dijamin oleh seorang usahawan bernama Tuan Abu. Bagi mengelak dari terus didakwa, Tuan Abu mensyaratkan Mad, Mid dan Mud bekerja di rumah kebajikan orang tua miliknya.
Manaf, Zahir Bunian
Tayangan: 4 Syawal, Petang (Warna)
Pengarah: Issey Fazlisham
Pelakon: Kamarool Hj Yusof, Dewa Arteh, Namie, Bella Astillah
Sinopsis Manaf, Zahir Bunian:
Mengisahkan Manaf bin Zahir, seorang pemuda yang berumur 30-an yang tinggal di sebuah kampunf Bersama bapanya. Manaf kehilangan ibunya sejak berumur 15 tahun. Semenjak daripada itu, ayahnya mula nyanyuk dan menghadapi beberapa penyakit kronik. Konflik bermula apabila di suatu malam, dimana ayah Manaf hilang dari rumah Ketika manaf tiada di rumah. Manaf meminta tolong orang kampung mencari ayahnya sehinggalah ayahnya dijumpa pengsan di kubur. Manaf membawa ayahnya ke hospital dan ayahnya mula berubah dri tragedi itu. Ayahnya menjadi lebih serius dan selalu bercerita tentang kematian. Sehinggalah suatu hari, ayhanya membuat satu permintaan aneh dan katanya itu adalah permintaan terakhir iaitu untuk berhari raya di alam bunian.

Hantu Raya Telekung

Tayangan: 5 Syawal, 4 petang (Warna)
Pengarah: Dato Jurey Latiff bin Mohd Rosli
Pelakon: Kamarool Hj Yusof, Roopie Cecupak
Sinopsis Hantu Raya Telekung:
Ropie berjaya menangkap hantu yang mengganggu kampung menyebabkan dia akan diangkat menjadi ketua kampung mengalahkan pesaingnya Tok Jidin. Namun, muncul lagi lembaga yang menyerupai Ropie, menghuru-harakan kampung dan keluarga Ropie. Adakah Ropie bela hantu raya? Siapakah lembaga menyerupai Ropie sedangkan dia tidak pernah ada kembar?

Berita Trending: Nak Tukar Duit Raya RM10, RM50? Ini Senarai ATM Bank-Bank Utama Yang Perlu Anda Tuju!

Berita Trending: Astro Sajikan Lebih 180 Program Istimewa Sepanjang Syawal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live