Pelakon komedi dan pelawak terkenal, Saiful Apek memberitahu kumpulan Senario bakal kembali menerusi album terbaru mereka tidak lama lagi.
Jelasnya, tanda tanya sama ada kumpulan Senario yang pernah popular di era 90-an masih wujud atau sudah 'berkubur', Apek bagaimanapun menyatakan kumpulan itu akan terus berada dalam industri hiburan selamanya.
"Macam Allahyarham Tan Sri P Ramlee pernah berkata, aku akan hidup 1,000 tahun. Kita faham maksudnya dan apa yang ingin saya katakan adalah Senario akan ada sampai bila-bila," katanya menerusi program Planet Mawi, baru-baru ini.
Ujarnya, meskipun kelibat anggota Senario kurang kelihatan di TV mahupun dalam persembahan pentas tapi Apek percaya legasi komedi yang dibawa kumpulan itu akan terus dibawa.
"Kami sendiri bersama anggota Senario ada 9 orang terdiri daripada Shamsul, Farouk Hussein, Hamdan, Ilya, Wahid, Azlee, Lan Pet Pet dan Yassin masih bersama.
"Kami bermuzakarah, berjumpa dan masih kuat beristiqamah sehingga lahirnya album baru yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini," katanya.
Jelasnya, selagi legasi anggota Senario masih sihat dan relevan dalam industri, mereka masih terus bersama.
"Seperti P Ramlee, apa yang merisaukan beliau di hujung-hujung adalah legasi. Maknanya, pelapis akan datang bukan dari sudut saja dari aspek legasi tapi kemanusiaan," katanya.
Dalam pada itu, Apek juga kini aktif memberi ceramah motivasi di kolej, universiti termasuk forum di masjid.
"Saya bukan ustaz tapi sekarang memang banyak dapat undangan untuk mengadakan ceramah motivasi.
"Saya juga kini menjadi aktivis kucing yang bertindak mengumpul sukarelawan untuk bersama saya menyelamatkan kucing gelandangan," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @saifulapek & Astro Gempak
Elrafaei Sapi
Mon Aug 27 2018
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.