Senario Reunion Tanpa Lan Pet Pet, Ini Sebab Mengapa Hanya 6 Ahli Sahaja

Syafiqah Jalal
Mei 20, 2020 05:04 MYT
Pelawak Saiful Apek akui persahabatannya dengan semua ahli kumpulan Senario merupakan satu yang indah dan tidak ternilai.
Menurut Saiful hubungan mereka tidak ubah ibarat seperti adik beradik apabila masing-masing bergabung kembali sebagai Senario.
Menariknya, Senario bakal kembali dalam sebuah naskhah Senario Reunion yang akan ditayangkan di RTM TV2 pada malam raya kedua.
“Indah dan nikmatnya, harga silaturrahim dan ukhwah yang tiada nilai dengan wang ringgit, bersama sahabat-sahabat yang masih lagi istiqamah untuk bersama-sama selagi masih bernyawa.
“Sayangi sahabat-sahabat, ibarat famili sendiri. Syukur Alhamdulilah,” tulisnya.
Saiful berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu mereka hanya kembali dengan 6 orang ahli sahaja tanpa Lan Pet Pet.
“Kepada yang tertanya-tanya kenapa 6 ahli sahaja, ia adalah kerana abang Lan Pet Pet tak dapat bersama atas kesibukan urusan yang tak dapat dielakkan.
“Tiada kejadian yang dijadikan kebetulan,” katanya lagi.
Selain Saiful, Senario Reunion bakal menampilkan Hamdan, Wahid, Ilya, Yassin dan Azlee.
Senario merupakan kumpulan komedi yang mula popular pada tahun 90-an.
#Senario #Lan Pet Pet #Saiful Apek