Pempengaruh dan usahawan Kak KM menjawab mengapa dirinya sering hadir dengan video yang panas sehingga mengundang cemuhan dan buah mulut netizen.

Ketika ditemui Gempak, Kak KM menyatakan dirinya sengaja melakukan adegan-adegan sedemikian untuk menarik pengguna walaupun sedar akan diperkatakan.

“Pertama sekali alhamdulillah sebab viral, setiap apa yang saya buat mesti akan tarik perhatian netizen dan saya memang mengharapkan viral.

“Bila viral menandakan produk saya laku, kerana orang akan stalk saya dan ambil tahu apa saya buat, apa saya makan dan apa yang saya jual.

“Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ni suatu yang positif untuk perniagaan saya,” katanya.

Di sudut lainnya Kak KM menyatakan dirinya juga manusia ada kalanya melakukan kesilapan, namun yang menjadi keutamaan buatnya ialah ibu serta keluarganya.

“Ye la takkan la dalam hidup ni kita asyik nak buat benda jahat je kan, bila soal keluarga saya akan sentiasa utamakan.

“Saya dan adik beradik sangat rapat dan kami akan sedaya upaya untuk bahagiakan mak saya, contohnya hari tu dah beli rumah dan kali ni akan ada lagi surprise untuk mak,” tambahnya.