Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sengketa Lempang Rakan Selesai, Kedua Pihak Memilih Damai

Izwan Isa
26/10/2023 08:50 MYT
Isu tampar rakan sekelas yang hangat diperkatakan sejak minggu akhirnya berakhir selepas kedua-dua pelajar yang terlibat memilih untuk berdamai.

Menerusi laporan Kosmo! Online, hal tersebut disahkan oleh bapa saudara kepada Ain iaitu Mohamad Amin Aiman semalam.

“Kes dah diselesaikan cara baik. Kedua-dua pihak sudah tarik balik laporan polis dan berdamai.

“Kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagi pihak saya pula, sudah cukup permohonan maaf yang telah dilakukan oleh anak saudara saya pada hari Jumaat ketika di rumahnya,” jelasnya.

Pada masa sama, ibu mangsa yang ditampar, Waheeda turut membuat permohonan maaf atas kekhilafannya memuat naik video di laman sosial.

“Setelah berbincang, pihak saya dan pihak sana telah bersetuju tidak meneruskan atau memanjangkan kes tersebut.

“Pihak saya juga inginkan permohonan maaf terbuka dari pihak sana juga kerana telah mengasari anak saya sebagaimana saya sendiri meminta maaf.

“Atas saranan dan nasihat daripada polis, saya memohon pihak di luar sana tidak menyebarkan lagi video tersebut,” tulisnya di Facebook.

Sehubungan itu, kedua-dua pihak memohon orang ramai agar tidak menularkan video berkenaan sekaligus berhenti mengecam kedua-dua remaja terbabit.

Sumber: Kosmo! Online

BACA: Pelajar Tampar Rakan 5 Kali Sebab Upload Gambarnya Di TikTok Tanpa Kebenaran​

#Damai #Lempang rakan
;