HIBURAN
Sentiasa Berpesan Agar Berusaha Jika Nak Bergelar Penyanyi, Netizen Puji Watie Sokong Impian Thalita - “Kena Selalu Dengar…”
Isteri kepada usahawan dan pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifah berkongsi pernah menasihatkan anak tirinya, Thalita untuk sentiasa berusaha sekiranya mahu bergelar sebagai penyanyi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Watie berpesan kepada Thalita supaya belajar mendengar pelbagai jenis lagu dan sentiasa menyanyi.
“Dulu Mummy selalu cakap taa kalau nak jadi penyanyi you kena tunjukkan minat yang betul-betul macam nak jadi penyanyi.
“Kena selalu dengar banyak lagu, kena tahu banyak lagu dan kena selalu menyanyi. Duk dapur nyanyi, duk bilik air menyanyi, duk dalam kereta menyanyi,” katanya.
Mendengar pesanan Watie, Thalita difahamkan tidak berhenti berlatih pelbagai jenis lagu sehingga Watie terpaksa meminta Talita supaya berhenti menyanyi kerana terlalu penat mendengar setiap hari.
“Sudahnyaaaa sekarang bila dia dh terlampau minat menyanyi kat semua tempat dia ajak menyanyi,
“Sampai kadang-kadang Mummy terpaksa cakap tataaa dah la tu… Diam sekejap boleh tak…Mummy dah pening lahh,” katanya berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Watie kerana menjadi peneman terbaik buat Thalita.
“Terima kasih mummy jadi tempat dikta berkasih.
“Dia tak dapat buat dengan ibu, jadi dia buat la dgn mummy
“Tahniah Wati dpt jadi ibu yg sebenar2 nya
“Terima kasih puan sebab jd seorg ibu yg baik,” komen netizen.