"Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday
Firdaus
27/09/2024 05:32 MYT
27/09/2024 05:32 MYT
Pelakon Fazura berkongsi dirinya menerima sejambak bunga pemberian suami, aktor Fattah Amin bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41.
Terima Ucapan Dari Fattah
Menerusi hantaran di Instagram Story, dapat dilihat Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin menunjukkan jambangan bunga yang diterima bersama dengan sekeping kad ucapan.
Dalam kad tersebut, aktor filem Mat Kilau itu menitipkan doa buat Fazura agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.
Dalam kad tersebut, aktor filem Mat Kilau itu menitipkan doa buat Fazura agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.
"Sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah...
"Selamat hari lahir mommy (Fazura), daddy (Fattah) doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya," tulisnya.
Sementara itu, Fazura secara ringkas menulis ‘terima kasih daddy Fatima’ sebagai tanda penghargaan buat suami.
Terdahulu, Fattah enggan melafazkan talak kepada Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.

BERITA TRENDING: "Love Myself More..." - Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-41, Fazura Janji Untuk Lebih Sayangkan Diri Sendiri
BERITA TRENDING: Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."
BERITA TRENDING: Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"
BERITA TRENDING: Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."
Kata Fattah, dia masih menyayangi Fazura biarpun aktres itu nekad dengan pendiriannya minta dilepaskan.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.