Hiburan
"Sentiasa Mendoakan Kerana Dia Tetap Ayah Saya" - Diana Danielle
Aktres Datin Diana Danielle akan sentiasa mendoakan bapanya biarpun dia merasakan kasih sayang insan itu hanya sekejap sahaja.
Diana memuat naik foto suaminya, Datuk Farid Kamil bersama anak perempuan mereka, Nur Aurora di laman Instagram miliknya dan mencoretkan perkara terbabit.
"D akan selalu dalam diam terharu dengan hubungan Aurora & Babah sebab dulu D sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah.
"Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya," tulisnya.
Dalam pada itu, Diana tetap bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup berkorban demi kebahagiaannya.
Malah, dikurniakan seorang suami yang tidak pernah putus menyayangi anak-anak.
"Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yang korbankan segalanya untuk saya, dia peneman, dialah pembimbing, dan saya syukur saya ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya.
"Mereka dapat rasa gomolan seorang ayah, teguran, kasih sayang.
" Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti," luahnya lagi.
Diana mendirikan rumah tangga dengan Farid pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Must-Watch Video