Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sentiasa Murah Rezeki, Aliff Syukri Ingin Ramai Anak

Zulaikha Yusof
27/05/2019 12:45 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri percaya anak adalah sumber rezeki dalam kehidupannya.

Oleh sebab itu, Aliff inginkan anak yang ramai untuk sentiasa dimurahkan rezeki serta menambah keceriaan keluarga.

"Bagi saya untuk sentiasa dimurahkan rezeki, saya memerlukan anak yang ramai secara tidak langsung akan menceriakan kehidupan saya.

"Saya mempunyai ramai pengikut di Instagram (IG) tetapi tidak mempunyai ramai kawan.

"Saya yakin apabila anak-anak saya besar, mereka adalah kawan saya," katanya kepada HLive.

Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al Qardawi, 1.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Aliff Syukri
;