READ
Sentuhan ‘Femininity’ NURITA HARITH — Jadi Jampi Serakah Pikat Hati Ratu Sehari Selebriti Malaysia
Oleh: Huda Hussain

PUNYA elemen kelembutan dan menyerlahkan aura si pemakai, selain ‘classy’ dan feminin itu antara kekuatan yang ada pada jenama pereka Nurita Harith. Sering menerapkan konsep ‘less is more’, bagi Nurita pembawaan diri seseorang juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan keseluruhan penampilan dan ‘look’ yang dibawa. Tidak kurang hebat jika dikatakan, setiap rekaan dan koleksi yang dipentaskan bertaraf antarabangsa.
Ceritakan sedikit bagaimana munculnya nama Nurita Harith dalam arena fesyen tempatan?
Bermula dengan salah satu pertandingan, ‘Project Runway’ dan saya juga pernah bekerja dengan pereka fesyen ternama. Pertunjukan pertama pada 2006 dan butik pertama dibuka pada 2008.
Pelbagai jenis pertunjukan pernah saya adakan dan sejujurnya ia adalah pengalaman indah dan saya berterima kasih untuk semua ini.

Punya bakat terpendam selain mereka busana?
Saya suka melukis kerana ia memberi ketenangan tetapi sudah lama saya tidak berkesempatan melakukannya.
‘Signature’ rekaan yang masih dikekalkan dalam setiap rekaan dan koleksi?
‘Softness and subtle shapes on the silhouette’.

Jika bukan pereka fesyen, apakah pekerjaan anda kini?
Mungkin doktor! Ketika berumur lima tahun dahulu, saya pernah memasang impian untuk bergelar veterinar.
Di mana Nurita Harith 10 tahun akan datang?
Insya-Allah masih kukuh dan kekal dalam industri fesyen, lebih berpengetahuan, masih ghairah dan bersungguh- sungguh berkarya juga lebih kukuh di Asia.
