“Senyum Je Beego Tengok Isteri Cantik Bertudung”- Giliran Linda Hashim Berhijrah?

Syafiqah Jalal
Jun 16, 2020 11:38 MYT
Sejak Ramadan lalu, pelakon Linda Hashim dilihat tampil dengan imej berhijab.
Namun imejnya itu disedari baru-baru ini apabila sering memuat naik gambar dengan dirinya yang berhijab ke Instagram.
Terbaharu video yang dimuat naik mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji penampilannya yang manis bertudung.
“Senyum je Beego tengok isterinya cantik bertudung.
“Manisnya, berhijab lagi manis.
“Cantik pakai tudung,” komen antara peminatnya.
Pun begitu, Linda sendiri tidak membalas komen-komen tersebut serta tidak menjelaskan mengenai penampilan terbaharunya.
Linda dan Beego merupakan pasangan selebriti yang banyak membintangi drama Melayu di stesen televisyen.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, Anggun Cassandra, 4 dan Indah Camella, 1.
#Bertudung #Berhijrah #Beego #Linda Hashim