Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Seolah-Olah Dia Tahu…”- Bapa Zahirah Macwilson Sebak Lihat Respon Cucu Pertama Kali Jumpa

Syafiqah Jalal 27/10/2021 | 14:05 MYT
Penantian bapa Zahirah Mcwilson iaitu Zainol Mcwilson untuk berjumpa dengan cucunya, Isaac Raees yang berusia 10 bulan buat pertama kali mengundang sebak.
Menurut Zainol yang merupakan seorang pelakon, pada mulanya dia bimbang jika Issac takut atau janggal bila saat berjumpa, namun terjadi sebaliknya kerana cucunya memberi respon yang baik.
“Allahuakbar! Ini lah kali pertama sejak cucu saya di lahirkan setelah dapat merentas negeri, baru sekarang saya dapat bersemuka.
“Saya agak risau juga sebelum tu, takut dia tak nak pada saya memandangkan cucu saya dah bersemuka dengan bapa tiri Zahirah di Australia dan ayah Aiman di Malayia. Dan Isaac belum lagi bersemuka dgn saya (ayah kandung Zahirah) the “original” grandpa!
“Alhamdullilah, buat kali pertama , dia terus memeluk leher saya, seolah-olah di dah tahu siapa saya dan pada saat tu, saya rasa sebak di dada (terharu),” katanya.
Zainol meluahkan perasaannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto yang merakamkan momenya bersama cucunya.
BACA: “Dapat Tengok Kat Poster Pun Jadi”- Belum Dapat Jumpa Cucu, Bapa Zahirah Luah Rasa Rindu
Selain halangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zainol tidak dapat berjumpa dengan cucunya kerana Zahirah melahirkan anak sulungnya pada 5 Januari lalu di Perth, Australia.
Mereka tinggal di sana hampir setengah tahun sebelum pulang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu.

A post shared by Zainol Macwilson (@zainolmacwilson)

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Anak #Rindu #Zahirah Macwilson #Cucu #Zainol Macwilson
;