Hiburan

"Seorang Bapa Yang Sangat Berdedikasi & Penyayang" - Tiara Jacquelina Kenang Pemergian Hani Mohsin Sempena Tarikh Ulang Tahun Kelahiran

gempak
Asraf Aided
18/06/2020
06:48 MYT
Sponsor Banner
"Seorang Bapa Yang Sangat Berdedikasi & Penyayang" - Tiara Jacquelina Kenang Pemergian Hani Mohsin Sempena Tarikh Ulang Tahun Kelahiran
Penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi sekeping foto kenangan arwah bekas suaminya, pelakon Allahyarham Hani Mohsin.
Menurut Tiara, perkongsian yang dikongsi di Instagram itu adalah sempena memperingati tarikh hari lahir Allahyarham hari ini.
"Memperingati seorang bapa yang paling berdedikasi dan penyayang, seorang rakan yang setia dan seorang pelakon yang sangat berbakat di layar perak sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55 hari ini," tulis Tiara sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Tiara turut mengajak orang ramai yang mengenali atau masih ingat akan Allahyarham untuk menyedekahkan Al-Fatihah.
"Bagi anda yang kenal atau ingat pada arwah Hani Mohsin Hanafi, sudi lah kiranya menghadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk dia pada ulang tahun kelahirannya 55 tahun yang lalu," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata teman industri dan pengikut Tiara meninggalkan komen positif dan turut membacakan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Antara yang meninggalkan komen adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noryn Aziz, Tya Arifin dan ramai lagi.
Terdahulu, Tiara pernah mendirikan rumah tangga bersama Hani Mohsin pada tahun 1993, namun mereka berpisah pada tahun 1998.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hani Karmila Hani Mohsin yang turut kelihatan dalam foto yang dikongsi Tiara itu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2006 akibat mengalami penyakit jantung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live