Drama bersiri 4 Abdul 1 Mohd telah mula menemui penonton bermula semalam.
Pelakon utama dan pengarahnya Sabri Yunus tampil berkongsi sedikit tentang apa yang berlaku di sebalik pembikinan drama tersebut.
Menurutnya, kekangan masa yang dialami merupakan antara cabaran yang dilalui.
"Sangat-sangat sukar, bukan sekadar kesukaran dalam proses untuk membikin tetapi juga dengan kekangan masa yang ada. Untuk buat sebuah drama dan bukannya filem, kita tiada pilihan.
"Kena kejar masa dan itulah cabaran. Memegang watak tidaklah terlalu memberi cabaran, tapi mahu mengangkat naskah dalam masa yang terhad, itu lebih mencabar. Memegang watak itu seronok kerana mencabar diri. Watak berbeza dengan dialek yang lain, saya seronok," katanya.
Bercakap mengenai pertukaran peranan sebagai pengarah dan pelakon pada masa sama, Sabri berkata dirinya tidak melihat perkara itu sebagai masalah.
"Saya tidak mempunyai sebarang resepi untuk ‘switch on and off’ 4 watak . Ini kerana saya merasakan bahawa kita sendiri ada batas dan mengawal lakonan. Kalau faham tentang batas dan pengawalan, tiada akan ada masalah. Dalam drama 4 Abdul 1 Mohd, ada seorang Sabri Yunus yang mengawal semua," jelasnya lagi.
Kata Sabri lagi, antara sebab lain dia melakonkan empat watak dalam drama sama adalah penggambaran dijalankan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Ada dua sebab kenapa saya membawakan empat watak sekaligus. Yang pertama, saya mencabar diri dan yang kedua, kerana kami menjalani penggambaran sewaktu PKP.
"Saya harus jaga SOP dan fikir bagaimana nak selesaikan masalah ini. Dengan syarat-syarat tidak boleh ramai pelakon dan sebagainya, solusinya adalah saya bawa empat watak dan saya terus boleh kurangkan masalah itu. 70 peratus penggambaran di rumah. Itu juga langkah untuk jaga SOP," katanya.
Difahamkan, penggambaran drama 4 Abdul 1 Mohd mengambil masa selama 32 hari di Temerloh dan perkarangan resort di Pantai Sepat, Kuantan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan 4 Abdul 1 Mohd bermula 24 Januari 2022, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Asraf Aided
Tue Jan 25 2022


Jadi Penjual Sayur Di Pasar Siti Khadijah, Fazura Teruja Sambut Aidiladha Di Kelantan - “Mesti Pandai Dah Kecek Kelate”
Raya Haji di Kelantan memang meriah.

Penyanyi Lagu Widuri, Bob Tutupoly Meninggal Dunia
Salam takziah.

“Kalau Tengah Miang, Pi La Cari Bini..” - Caprice Selar Tindakan Lelaki Peluk Wanita Air Buah Tular, Ucap Salam Takziah
Air buah mana-mana pun ada.

Ada Adegan Terbang Macam Mak Lampir & Kelibat Shuk Sahar! Netizen Lega Versi Asal Mat Kilau Tak Diteruskan
Netizen viralkan video behind the scene Mat Kilau versi asal
![[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar [VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/kzrsulfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “No Wonderlah Scandal Boleh Kacau Puteri Sarah” - Netizen Kecewa Lihat Syamsul Yusof ‘Mesra’ Dengan Kazar
Netizen kecewa?

Video Lama Viral Kembali, ‘Kakak Kedai Makan’ Di Terengganu Pernah Ramas Kemaluan Pelanggan?
Dahsyat!

Dr Malar Tolak Pelaksanaan Cadangan Kerja 4 Hari Seminggu, Sebaliknya…
Dr Malar mencadangkan cara lain

Usia Hampir 50 Tahun, Jang Hyuk & Kim Jong Kook Masih Ketagih Bersenam! Lakukan Rutin Dua Jam Setiap Pagi
Jang Hyuk dengan Jong Kook ni memang jaga badan.
.jpg?ext=.jpg)
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.

Ibu Azhan Rani Puji Watak Wahid Dalam Mat Kilau - “Beto, Mak Aku Kata ‘Pandai Beto Ni, Mak Nangis Masa Dia Mati’…”
Memang best!