Hiburan

“Seorang Muka Eina, Seorang Muka Suami” – Sweetnya Sambutan Hari Lahir Anak Kembar Eina Azman

gempak
Azwa Rahman
25/02/2020
11:15 MYT
Sponsor Banner
“Seorang Muka Eina, Seorang Muka Suami” – Sweetnya Sambutan Hari Lahir Anak Kembar Eina Azman
Aktres jelita Datin Eina Azman dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden meraikan sambutan ulang tahun anak kembar mereka, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang ke-4.
Menerusi laman sosial Instagram, Eina berkongsi momen-momen indah ketika meraikan sambutan ulang tahun kelahiran mereka untuk tatapan umum.
“Happy Belated Birthday to my forever babies @aubreykarl #aubreykarlturns4,” tulis Eina menerusi ruangan kapsyen.
Pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu, Karl segak mengenakan suit berwarna biru gelap dan Aubrey tampil comel dengan gaun kembang berwarna putih.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji wajah comel Karl dan Aubrey.
Malah, tidak kurang juga ada yang terhibur dengan aksi dua beradik ini meniup lilin kek hari lahir mereka.
“Sorang muka datuk, sorang muka datin. Comel! Happy birthday twinnie,” tulis seorang wargamaya.
“Comelnya tiup tak padam-padam,” usik seorang wargamaya.
“Comel tengok Aubrey try tiup lilin mercun bosar tu. Dia pelik kenapa tak padam-padam lagi apinya,”kata seorang wargamaya.
“Wahhh dah besar dah diaorang. Sekejapnya dah 4 tahun . Happy birthday twinnies,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka kemudian dikurniakan sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024