Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai meliwat seorang pelayan restoran secara bergilir-gilir di sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa lelaki berusia 20 tahun sedang berjoging bersendirian berhampiran kediamannya di Jalan PJU 6A, Damansara di sini sebelum ditegur kedua-dua suspek yang sedang minum minuman keras.
"Suspek yang pada awalnya menyapa mangsa dengan beberapa soalan, tiba-tiba bertindak menarik tangan mangsa dan memaksanya membonceng motosikal yang ditunggangi salah seorang mereka (suspek).
"Dia kemudian dibawa ke rumah mereka di Kampung Sungai Kayu Ara. Mangsa mendakwa gagal untuk melawan (tindakan suspek).
"Berdasarkan laporan, mangsa mengaku diliwat secara bergilir-gilir sebanyak lapan kali dan dipaksa melakukan seks oral," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Nik Ezanee, berkata mangsa kemudian dihantar pulang ke tempat tinggalnya.
Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.
Bertindak atas laporan itu, katanya kedua-dua lelaki yang berusia 31 dan 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam Ahad di Kampung Sungai Kayu Ara.
Semakan rekod jelasnya, mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai dua kes lampau membabitkan kesalahan jenayah.
"Kita mendapat perintah tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini," tambahnya lagi.
Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaaan, serta 377A dan 354 kanun yang sama, kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.
Jika sabit kesalahan katanya, mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Sumber & Foto: AWANI
Maliah Surip
Mon Feb 22 2021


#OhDaebak: "Yang Ini Pun Hish!" - Bae Ro Na Pula Yang Buat Ramai Geram, Tapi Kenapa?
Memang mengundang watak Bae Ro Na ni.

Oh No! eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini? Netizen Sedih, Dah Mula Kongsi Kenangan
Sedihnya, banyak kenangan dengan eCurve ni.

PKP Hampir Setahun PM Zahir Kerinduan Nak Jumpa Rakyat, Seru Ambil Vaksin COVID 19
kes COVID 19 di negara masih tinggi

“Dia Belum Kenal Erti Saman, Tunggu!”- Suhaimi Saad Berang Diaibkan Dalam YouTube
Suhaimi Saad Berang Diaibkan Dalam YouTube

COVID-19: 2,437 Kes Dan 9 Kluster Baharu Libatkan Tempat Kerja Dilaporkan
Sembilan kluster tempat kerja dilaporkan.

#FoodiesLife: Dunia Kulinari Jadi Pilihan, Sherson, Anis Nabilah & Nik Michael Antara Cef Selebriti Popular
Siapa pilihan korang?

Adakan Konsert Maya, Wah Haqiem Rusli Bakal Nyanyi Lagu Tok Ti Lah! Ini Judulnya
Tak sabarnya nak dengar Haqiem menyanyi lagu Tok Ti.

“Vaksin Sinovac Selamat, Berkesan Dan Halal” - Duta China
Ini penjelasan vaksin Sinovac.

“Doakan Yang Baik-Baik” - Alhamdulillah, Aishah Azman Kini Berhijab, Padam Foto Nampak Aurat
Selepas penyanyi Intan Sarafina dan pelakon Hannah Delisha, kini Aishah Azman pula tampil berhijab.

Tak Pantang Makan Atau Minum Ais, Ini Rahsia Pemilik Suara Karakter Didi Maintain Suara Cute!
Dari umur 8 tahun sampai sekarang dah 14 tahun, macam mana adik Nurin jaga suara ya?