Sudah tentu ramai yang tidak sabar menantikan The House musim keenam yang akan membuka tirai Rabu ini.

Gempak menerima banyak reaksi dari orang ramai yang tidak sabar untuk melihat bagaimana personaliti The House kali ini, sosialit Ezurin Khyra bersama lima cahaya mata serta rakan baiknya, Magie Abang Saufi keluar dari zon selesa kehidupan mereka dan mengharungi pelbagai perkara yang tidak diduga.

Sebelum ini, anda telah membaca mengenai dua cahaya mata Ezurin iaitu Tunku Amaan Khyra dan Tunku Nadya Khyra.

Kali ini, mari kenali pasangan kembar Tunku Imaan Khyra dan Tunku Omaan Khyra.

Tunku Imaan Khyra



Tunku Imaan, 18, telah menetap di United Kingdom selama enam tahun dan kini menuntut di Cheltenham College.

Berbeza dengan Omaan, perwatakan Imaan adalah lebih 'extrovert' dan periang.

Selain itu, Imaan yang suka bergaya ini juga kini semakin popular di aplikasi TikTok.

BACA : Kenali Tunku Imaan Khyra...The New TikTok Star!

Tunku Omaan Khyra



Tunku Omaan pula, perwatakan dirinya lebih 'introvert', matang dan lebih pendiam berbanding kembarnya.

Omaan suka meluangkan masa bersendirian untuk melakukan perkara yang disukainya seperti bersenam di gymnasium.

Meskipun agak pendiam, namun Omaan pandai berkomunikasi dan sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya berasa selesa.

Jika anda mahu lebih mengenali pasangan kembar ini, jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang akan bersiaran selama 10 episod mulai 21 Oktober 2020 di Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Rabu, jam 9.00 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusi menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.