"Seorang Wanita Yang Bijak & Merendah Diri…" - Dapat 4.0 Flat Selama 7 Semester, Graduan UUM Ini Bakal Terima Hadiah Dari Neelofa
Zulaikha Yusof
22/10/2019 05:15 MYT
22/10/2019 05:15 MYT
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial mengenai seorang graduan yang mendapat anugerah dekan pada setiap semester dengan keputusan cemerlang purata nilai gred kumulatif (CGPA) 4.0 selama tujuh semester.
Video tersebut telah menarik perhatian usahawan berjaya dan pengacara Neelofa untuk melayangkan ucapan tahniah kepada graduan yang bernama Nur Athirah Rushami Zien.
"Seorang wanita muda yang bijak dan merendah diri. Tahniah buat kamu!
"Tolong tag dia di dalam komen jika sesiapa mengenali dia. Saya ingin meraikan kejayaannya dengan hadiah," tulisnya di laman Twitter.
Rata-rata pengikut Neelofa membantu dengan meninggalkan nama Twitter wanita tersebut di samping turut sama bangga dengan kejayaan yang telah diperoleh.
Netizen juga memuji tindakan Neelofa yang menghargai insan yang Berjaya dalam bidang pelajaran.
Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah itu berjaya menamatkan pengajian dengan Purata Markah Keseluruhan (PMK) 3.99, sekaligus menerima Anugerah Pelajaran Diraja.
Video tersebut telah menarik perhatian usahawan berjaya dan pengacara Neelofa untuk melayangkan ucapan tahniah kepada graduan yang bernama Nur Athirah Rushami Zien.
"Seorang wanita muda yang bijak dan merendah diri. Tahniah buat kamu!
"Tolong tag dia di dalam komen jika sesiapa mengenali dia. Saya ingin meraikan kejayaannya dengan hadiah," tulisnya di laman Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.