Penyanyi rap Sophia Liana diminta berpasangan dengan anggota kumpulan K-Clique MK apabila kedua-duanya kelihatan sepadan menari di dalam sebuah video.

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Sophia yang juga anggota kumpulan DeFam berkongsi video tarian tersebut untuk tatapan umum.

“We’re back @hairiwhuut,” tulis Sophia ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 15 saat itu, Sophia dan MK menari mengikut rentak lagu Let Me Blow Your Mind nyanyian asal duet Eve dan Gwen Stefani.

We’re back @hairiwhuut ?? #dulu #itusemuadulu #budakngam

A post shared by Sophia Liana | DeFAM (@sophialiana) on

Aksi tarian ini bukanlah kali pertama dilakukan kerana sebelum ini MK pernah memuat naik sebuah video TikTok yang menampilkan Sophia di laman IG miliknya.

Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, turut memanggil Sophia dengan gelaran sifu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang teruja melihat gandingan mereka berdua yang meminta agar pasangan ini berjodohan.

“Korang ngam la,” kata seorang wargamaya.

“Please la couple atau duet bersama,” cadang seorang wargamaya.

“Eee comelnya macam sepadan je,” komen seorang wargamaya.

“Sesuai sangat. Suka tengok dua-dua ni,” tulis seorang wargamaya.

“Habislah si Nabila Razali cemburu,” usik seorang wargamaya.

“Semoga korang berdua berjodohan la. Saya doakan yang baik-baik,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 120,000 tontonan daripada warga Instagram.