Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sepahtu Reunion Live 2022 Kembali Malam Ini! Anak Allahyarham Mr Os, Dewa Bakal Buat Kemunculan Pertama

Azwa Rahman
27/01/2022 08:55 MYT
Sepahtu Reunion Live 2022 kembali menghiburkan malam Khamis anda dengan penampilan Dewa, pemilik ‘Kasut Emas’ dari kumpulan ARTEH yang menjadi juara sulung bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021.

Dewa atau nama sebenarnya Mohamad Hafizul Mohd Yusof, 25, berasal dari Kota Tinggi Johor merupakan anak kepada pelakon komedi lagenda tanahair, Allahyarham Mr OS.



Seperti tahun-tahun terdahulu, Sepahtu Reunion Live adalah program sketsa komedi yang dipentaskan secara langsung di hadapan penonton.

Menguji kreativiti setiap pelawak, sketsa yang dipersembahkan dilakukan tanpa sebarang skrip dan setiap minggu selebriti jemputan dan cameo akan tampil secara mengejut bagi memeriahkan aksi spontan ini.

Jangan ketinggalan menonton Sepahtu Reunion Live pada setiap Khamis bermula malam ini, 9 malam di Astro Warna.

Untuk episod pertama, ia akan turut bersiaran langsung di saluran Astro Prima dan Astro GO.

***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​





#SepahTu #Dewa Arteh #Sepahtu Reunion Live 2022