Anggota kumpulan K-Pop popular Girl’s Generation, Yuri memohon maaf kerana kelewatannya menghadiri program siaran langsung SBS Power FM Park So Hyun Love Game.

Yuri berkata kelewatan itu disebabkan cuaca buruk dan salji lebat yang berlaku hari ini.

“Ini kali pertama saya datang lewat untuk program siaran langsung sepanjang 10 tahun berada dalam industri.

“Saya dengan rendah hati memohon maaf di atas kelewatan dan juga segala kesulitan yang berlaku disebabkan perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, penyampai radio berkenaan, Park So Hyun memberitahu Yuri hadir ke konti dengan berambut pendek.

“Dia telah memoting rambutnya menjadi pendek buat pertama kalinya selepas watak dalam drama debutnya, Sound of Heart,” ujarnya.

Sumber: Allkpop