Laman Utama

“Sepanjang Mengandungkan Adik, Paling Mencabar” - Leez, Aepul Selamat Timang Anak Kedua

gempak
Mya Amri
22/04/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
“Sepanjang Mengandungkan Adik, Paling Mencabar” - Leez, Aepul Selamat Timang Anak Kedua
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul memanjatkan rasa syukur apabila isterinya, Leez Rosli selamat bersalin anak kedua pada Rabu.
Aepul memaklumkan berita gembira itu menerusi beberapa hantaran terbaharu diakaun Instagram bersama foto putera kesayangannya.
“My lady. Alhamdulillah @leezrosli_officialmy dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki,” tulisnya ringkas.
Sementara itu menerusi hantaran di akaun Instagram Leez, penyanyi dan pelakon itu juga berkongsi perasaannya selepas bersalin.
“Alhamdulillah, amanah kedua dari Allah SWT untuk umi dan daddy… Sesungguhnya perjalanan sepanjang mengandungkan adik adalah yang paling mencabar.
“But we did it sayang! Nanti balik, adik jumpa kakak Alisha okay… Dia dah lama tak sabar nak jumpa adik.
“To my man, @aepul.roza terima kasih sebab sentiasa ada di sisi hingga saat ini. Dah ready nak chaos with our two kids??? 21.04.21,” coretnya.
Aepul mendirikan rumah tangga dengan Leez pada 27 Disember 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live