Hiburan
“Sepanjang Perkahwinan Saya Tak Ada Orang Lain,” - Raf Yaakob Mengaku Video Jumpa Pengganti Hanya Gimik
Bekas suami kepada pelakon, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mengakui video dan hantaran mengenai seorang wanita di platform media sosialnya hanyalah sekada gimik pelancaran produk.
Raf menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram menjelaskan, sepanjang perkahwinannya dia tidak mempunyai wanita lain apatah lagi bersikap curang.
“Ingin saya sampaikan di sini, jodoh itu rahsia Allah. Siapa nakkan perpisahan. Kalau Allah dah kata jodoh takat itu, saya terima, saya pasrah dan reda.
“Tapi yang saya tahu sepanjang perkahwinan, saya tidak ada orang lain dan saya seorang yang setia,” jelasnya.
Bagaimanpun kata Raf, disebabkan video itu juga dia telah menerima begitu banyak komen-komen negatif netizen namun memilih untuk memaafkan mereka.
“Sekarang ni semua dah terjawab kan? Gambar, video yang Raf buat tu hanyalah gimik semata-mata untuk produk launching saya.
“Jadi segala gambar, video, kapsyen terutamanya itu semua hanyalah gimik. Tidak membawa maksud apa-apa.
“Saya faham banyak blog dah cover dan viralkan benda itu, disebabkan itu ramai netizen yang sudah membuat andaian, makian, tohmahan, fitnah terhadap diri saya. Tapi tak mengapa, saya maafkan semuanya,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Baru Bercerai Hujung Tahun Lalu, Raf Yaakob Dah Jumpa Pengganti? - “Awak Buat Jantung Saya Bergetar”
Terdahulu, perkongsian sekeping gambar wanita bertudung dengan wajahnya ditutup oleh Raf Yaakob di Instagram menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan netizen.
Untuk rekod, baik Raf mahupun Mawar, masing-masing tidak pernah mendedahkan tarikh sebenar perceraian mereka.
Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 6; Raden Seri Rosabella Cinta, 4; dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2.
Must-Watch Video