"Sepanjang Saya Hidup, Inilah Antara Benda Paling Takut Saya Pernah Buat" - Awal Ashaari

Kamaruddin Razal
April 17, 2018 12:50 MYT
Pengacara Awal Ashaari berkongsi detik 'cemas' mencuba permainan ekstrem di Auckland, New Zealand.
Menziarahi bandar tersebut pada Februari lalu untuk menjalani rakaman program #ProjekThemePark2018, Awal menceritakan pengalamannya menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.
"Okay, sepanjang saya hidup, ni lah antara benda paling takut saya pernah buat (sebab Awal sangat takut dengan ketinggian).
"Dulu pernah bungee jump dengan Girlfriend @schaalyahya for our reality program Seia Sekata Schawal and now repeat balik untuk #ProjekThemePark2018 bukan dengan Scha, tapi dgn peminat @ejasaad di tengah bandar Auckland, New Zealand.
"Tadi memang rasa nak pull out, tapi peminat punya pasal, saya gagahkan jugak! Sky Screamer Kat NZ ni 50 meter je.. tapi laju dia 180km/h & 5G force - 5 kali berat saya! So jantung tertinggal la kat bawah," tulis Awal.
Penggembaraan Awal bersama peminat bertuah, Eja Saad dalam menjelajah bandar Auckland ini bakal ditayangkan dalam episod #ProjekThemePark2018 yang bersiaran malam ini.
Saksikan pengembaraan Awal bersama selebriti-selebriti lain membawa peminat bertuah mereka meneroka taman tema menarik serata dunia di musim terbaru ExpeRIAnce #ProjekThemePark2018 yang bersiaran malam ini (Selasa), jam 11 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Awal
#Awal Ashaari #Pengacara