"Separuh Netizen Yang Selama Ni Sokong Kau Tengah Susah..." - Zarina Anjoulie Tempelak Fizo Omar Gara-Gara...

Hanafis Haris
Mac 30, 2020 07:26 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie menempelak tindakan Fizo Omar yang cuba merendahkan dirinya menerusi satu ruang komen di Instagram.
Tindakan berkenaan dibuat selepas Fizo meninggalkan komen bertulis 'kesian pula aku tengok dia ni'.
Bengang dengan tindakan berkenaan, Zarina kemudian memuat naik satu video di platform sosial medianya.
Menurut Zarina, dia kecewa apabila Fizo menganggap apa yang dijelaskan sebelum ini seakan menghentam golongan seni yang sering mengeluh kekurangan pendapatan.
Zarina sebaliknya mahu golongan artis bangkit untuk membantu peminat yang ketika ini berada dalam kesusahan.
"Tolong sedar diri, kalau bukan netizen atau peminat yang sokong, kamu masih berada di kampung bawa motor.
"Separuh netizen yang sokong korang selama ni tengah susah. Macam ni ke cara balas balik dekat mereka?," katanya.
Video berkenaan kemudian viral di platform Twitter apabila ramai netizen yang menyokong kenyataan dan penjelasan Zarina itu.
Malah Zarina turut dipuji kerana berani mempertahankan isu rakyat yang jauh lebih susah ketika krisis COVID-19 ini.
Anda boleh lihat antara komen netizen di bawah.

Cari penyakit Fizo Omar ni. Kahkahkah pic.twitter.com/PEamZjZJ0n

— موهاماد فايز (@faaaizzz_) March 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Netizen #Fizo Omar #. #Zarina Anjoulie