HIBURAN
Sepatah Pun Tak Bersuara, Marissa Dania & Aslam Hadir Bagi Prosiding Pengesahan Nikah Di Thailand
Pasangan sensasi, Marissa Dania dan suaminya, Ahmad Aslam, dilihat tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar jam 11.34 pagi, Selasa.
Pakai baju sedondon
Berpakaian sedondon dalam rona khaki, Marissa mengenakan jubah longgar sementara Aslam tampil kemas di sisi isterinya.
Kehadiran mereka kali ini adalah bagi menghadiri prosiding kedua siasatan pengesahan pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember 2023 lalu.
Namun begitu, sebaik tiba di pekarangan mahkamah, pasangan ini enggan memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media.
Mereka hanya berjalan beriringan, mengelak sebarang pertanyaan dan terus melangkah masuk ke dalam dewan mahkamah.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.
ARTIKEL BERKAITAN: Aslam Belum Sempat Jumpa Abby Abadi Untuk Mohon Maaf, Harap Kemelut Keluarga Berakhir - “Saya Mencari Masa Yang Sesuai Untuk…”
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Setahun Nikah Di Songkhla, Marissa Dania & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Pengesahan Pernikahan - “Prosiding Hari Ini Ditangguhkan Sebab…”
Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Manakala Aslam mempunyai seorang lagi isteri iaitu Umisya Mazlan, mereka mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.