"Sepatutnya 2020" - Nina Iskandar Selamat Bersalin Anak Sulung

Amri Hassan
Disember 23, 2019 05:24 MYT
Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada pukul 9.25 pagi Isnin.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Nina melalui akaun Instagramnya tengah hari tadi.
Malah, Nina, 28, sendiri tidak menyangka akan bersalin lebih cepat daripada jangkaannya tahun 2020.
"Kamu sepatutnya menjadi bayi 2020 tetapi saya percaya perancangan Allah lebih baik. Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia, anakku.
"Tak kira dunia atau akhirat kamulah rahmat dan hadiah tak ternilai daripada Allah yang memberikan gelaran 'ibu' buat saya.
"Kamulah tanggungjawab saya sekarrang dan saya bersumpah akan melindungimu dan menjaga kamu sepanjang hayat. 23 Disember menjadi tarikh keramat kelahiran anak sulung saya. Alhamdulillah," tulis Nina.
Nina bernikah dengan lelaki pilihannya yang juga penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan, 37, pada awal April lalu.
Perkara itu dikongsi Nina menerusi majlis persandingan yang diadakan pada 4 Ogos.
#Bersalin #Brunei #Brunei #Nina Iskandar