Laman Utama

“Sepatutnya Bagi Ibu Kahwin Dahulu Tapi…”- Wany Hasrita Dah Jumpa Kekasih Hati

gempak
Syafiqah Jalal
29/03/2021
02:17 MYT
Sponsor Banner
“Sepatutnya Bagi Ibu Kahwin Dahulu Tapi…”- Wany Hasrita Dah Jumpa Kekasih Hati
Penyanyi Wany Hasrita akui belum bersedia untuk mendedahkan gerangan jejaka yang didakwa kekasihnya selagi mereka belum ada kata putus untuk mendirikan rumah tangga.
Wany, 29, memberitahu dia memegang prinsip itu selepas belajar dari pengalaman diri serta rakan-rakan artis yang lain.
“Pengalaman saya dan rakan artis membuatkan saya lebih berhati-hati berbicara soal jodoh. Saya tidak berani mahu mengesahkan apa-apa kerana masih dalam tempoh mengenali hati masing-masing.
“Saya akan mengumumkannya jika sudah ada kad kahwin siap semuanya. Bukan soal takut dia kena caras atau apa tapi itu pendirian saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Wany ditemui selepas pelancaran topeng muka Himaya yang memperkenalkannya dan Erra Fazira sebagai duta baru.
Pun begitu, Wany yang juga pelantun lagu Cinta Khayalan itu memberitahu dia sudah membawa kekasihnya berjumpa dan berkenalan dengan ibunya.
“Ibu sudah berjumpa dengannya tetapi restu atau tidak itu saya tak berani nak kata kerana masih jauh lagi hubungan kami.
“Apa-apa pun sebagai ibu dia pasti mahukan yang terbaik untuk satu-satunya anaknya dia ni.
“Lagipun sepatutnya saya nak dahulukan ibu untuk kahwin, tapi itulah lihat bagaimana,” kongsinya lagi.
Wany tinggal bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live