Pelakon Fasha Sandha akui tidak menyangka bulan madunya bersama suami, Aidil Aziz akhirnya menjadi percutian bersama keluarga.

Menurut Fasha, sepatutnya hanya mereka berdua sahaja ke Port Dickson, tetapi mereka menukar perancangan untuk bawa keluarga bersama.

Fasha berkata dia dan Aidil lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga.

“Siapa lagi sini seperti saya?

“Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba-tiba tukar plan ,Honeymoon bawak family, sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama-sama.

“Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat,” tulisnya.

Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fasha memuat naik fotonya bersama Aidil yang sedang berbulan madu.

Rata-rata gembira melihat kebahagiaan pasangan itu yang baru diijabkabulkan pada 30 Mac 2019 yang lalu di Perlis.

Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua bagi Fasha.

Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Siapa lagi sini seperti saya? Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan ,Honeymoon bawak family ? Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2 ? Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon/ jalan2/dan tenangkan minda yang penat. Terima kasih Mr Simon dan seluruh team LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON Tempat tinggal yang sangat selesa, makanan pun semua sedap2. Thank You!!! @lexishibiscus ❤️ . . . #aidilfasha ? @badrulazhar_ #angkatbinichallenge #latergram #daniraiyanturns10

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on