Hiburan
“Sepatutnya Bulan Madu Morocco” - Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Pilih Langkawi
Pelakon Zahirah Macwilson mencuri perhatian wargamaya apabila memilih Langkawi sebagai destinasi bulan madu bersama suaminya aktor Aiman Hakim Ridza.
Menerusi laman sosial Instagram, Zahirah berkongsi foto romantik bersama suaminya untuk tatapan umum.
“Apa yang sepatutnya jadi bulan madu Morroco - Mediterranean kita,” tulis Zahirah sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, mereka turut melakukan beberapa aktiviti alam semula jadi seperti melihat burung helang dan menikmati keindahan pantai Langkawi.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan selamat dan mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
“Semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke anak cucu dan ke jannah,” doa seorang wargamaya.
“Takpe, jimat banyak tu, nanti boleh melabur untuk masa depan,” komen seorang wargamaya.
“Selamat berbulan madu lovebirds! Zahirah cantik sangat,” puji seorang wargamaya.
“Selepas semuanya reda, boleh la pergi sana. Buat masa sekarang, ikatan antara kalian berdua lebih penting,” pujuk seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Must-Watch Video