Hiburan
"Sepatutnya Kena Pergi Kursus Kahwin Tapi..." - Zarina Anjoulie Dedah Perancangan Nak Bernikah?
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah mendedahkan yang dia dan teman lelakinya hampir menjalani kursus kahwin.
Walaubagaimanapun, menurut Zarina, hasrat kedua-dua mereka itu terpaksa ditangguhkan gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan baru-baru ini.
"Memang sepatutnya nak pergi kursus kahwin tapi bila ada PKP ni kena tangguh dululah.
"Insya-Allah kalau ada rezeki kami kahwin tak lama lagi…soon," katanya.
Tambah Zarina, dia bersyukur kerana akhirnya bertemu dengan lelaki yang sangat memahami.
"Akhirnya saya jumpa lelaki yang suka apa yang saya buat sekarang macam charity. Dia simple je orangnya dan kebetulan dia duduk area depan rumah saya je. Sudah enam bulan juga kami kenal.
"Kalau ditanya tentang tema kahwin, saya suka yang ringkas je, sebab saya tak suka membazir. Akad nikah, makan sudah," katanya.
Zarina berkata demikian ketika siaran langsung menerusi Instagram Astro Gempak dalam segmen #ArtisDudukRumah.
Program berkenaan dilakukan setiap hari bermula jam 3 petang.
Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.
Must-Watch Video