Laman Utama

“Sepatutnya Saya Perlu Terima Je..”- Elfira Loy Tak Nafi Memang Nak Baby Girl

gempak
Syafiqah Jalal
04/03/2022
03:38 MYT
Sponsor Banner
“Sepatutnya Saya Perlu Terima Je..”- Elfira Loy Tak Nafi Memang Nak Baby Girl
Pelakon Elfira Loy akui gementar dan tidak bersedia untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungnya sehinggalah adiknya, Esliza Loy telah membuat kejutan itu sendiri dengan mengadakan majlis ‘gender reveal’.
Kata Elfira sepatutnya dia hanya terima sahaja kentuan Tuhan tetapi tidak menafikan jauh dilubuk hatinya dia menginginkan bayi perempuan selepas memiliki anak lelaki , Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun.
“Saya sebenarnya gementar dan tidak bersedia (dedahkan jantina).
“Saya tahu saya perlu terima sahaja sama ada ia lelaki atau pun perempuan tetapi jauh dari lubuk hati ini saya tidak boleh menipu (mahukan perempuan),” katanya.
Elfira berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya yang terkejut apabila meihat belon berwarna merah jambu ( bermakna ia bayi perempuan).
Elfira akhirnya bersyukur kerana apa yang diidamkan selama ini dimakbulkan.
“Saya sentiasa berdoa nak kan anak perempuan. Masya-Allah Allah itu sangat baik dengan El.
“Allah izinkan (bayi perempuan). Syukur, syukur Alhamdulilah,” ucapnya lagi.
Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024