“Sepatutnya Tak Payah..Tak Apa Lah, Takut Lupa Macama Mana Nak…”- Fasha Sandha Kursus Kahwin Kali Kedua

Syafiqah Jalal
Februari 24, 2019 00:00 MYT
Pelakon Fasha Sandha menjalani kursus kahwin kali kedua bersama bakal suaminya, Aidil Aziz.
Fasha memberitahu sepatutnya, dia tidak perlu menjalani kursus tersebut, namun dia mahu belajar sekali lagi bersama tunangnya.
“Siapa yang pernah pergi kursus 2 kali? Sepatutnya tak payah kan...
“Takpelah.. Takut lupa macam mana nak jadi isteri balik. belajaq sekali lagi.
“Ya Allah Permudahkanlah Amin...,” tulisnya.
Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya manis bertudung bersama Aidil yang juga segak memakai songkok.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan pasangan itu dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin.
#Kahwin #Fasha Sandha #Kahwin #Aidil Aziz #Kursus Kahwin