Pelakon Hanis Zalikha mendedahkan sepatutnya percutian ke Maldives baru-baru ini 'romantic getaway' antara dia dan suaminya, Hairul Azreen sahaja.

Menerusi akaun Instagram, Hanis memberitahu percutian romantik itu dirancang selepas dia berasakan sudah lama tidak bercuti bersama Hairul, lebih-lebih lagi suaminya sibuk dengan latihan untuk filem terbaharu.

Ia bermula selepas dia berkongsi gambar-gambar percutian kepada Hairul yang ketika itu sedang menjalani latihan untuk sebuah filem.

Bagaimanapun menurutnya Maldives tidak termasuk dalam senarai destinasi percutian mereka, sehinggalah Hanis terjumpa mengenai resort yang mereka diami itu.

Sehari sebelum perjalanan, Hanis memberitahu tiba-tiba dia terfikir alangkah seronok jika satu-satu anaknya, Yusuf ikut sekali. Hairul pula kemudian menyokong isterinya untuk membawa anaknya bersama.

Bimbang teringat-ingatkan anaknya nanti bila di sana, mereka pun bersetuju membawa Yusuf memandangkan puteranya itu sukakan laut.

Mereka pun gembira apabila ia akhirnya menjadi keputusan terbaik dan percutian mereka lebih bermakna bila membawa Yusuf bersama.

Trip ke Maldives ni sebenarnya sangat last minute. Selama suami sibuk training untuk filem dia, kita ni sibuklah forward gambar percutian kat dia (ingat korang je tag2 bf / suami kat gambar cecantik ke ?). Tapi Maldives langsung takde dalam list sampailah Keknis nampak pasal resort ni dekat travel guide. Last kitorang bercuti romantik berdua entah bila. So sepatutnya ini jadi romantic getaway kami yang betul-betul. Sepatutnya Yusuf tak ikut. Our family was so ready to have him for a week ? / Sehari sebelum pergi, kami duduk berdua plan perjalanan. Tiba-tiba terpacul "kan best kalau Yusuf ikut". (Eh tapi lari dari motif asal). "Okay okay saje je cakap" - nervous takut suami bising lol. Pastu dia sambut "kalau ayang dah sebut camtu baik bawak je dia. Nanti asyik teringat je". It's true T_T Yusuf kan suka laut & pantai & aktiviti air & alam sekitar, risau kang setiap sudut terkenang dan bergenang lololol. / Dan kami pun bawak. Dan Yusuf pun ikut. Dan ia adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat. A traveller friend of mine selalu cakap, bawak anak kecik ni bukan untuk memori dia. Dia tak ingat pun. Tapi untuk memori kita sebagai husband and wife. Bercuti dengan anak kecik, apa kenangan yang tercipta. / We love you so much Yusuf. Couldn't have imagined what this beach getaway would be like without you and your tummy ke depan ke hulu ke hilir. And to my dear husband, insisting to bring Yusuf along was one of the most romantic thing you have ever done. / (We'll get to that romantic getaway soon okay ?)

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Foto: Instagram Hanis Zalikha