Selepas berjaya mendapat kutipan RM97 juta, penerbit Studio Kembara Abdul Rahman Mt Dali bakal menunaikan hajat untuk memberi imbuhan berpatutan kepada seluruh produksi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Malah, Abdul Rahman turut memberitahu dia akan mengambil inisiatif dengan menyediakan dua buah mesin rawatan dialisis sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Sebagai permulaan, saya telah kumpulkan barisan pelakon untuk bawa mereka menunaikan umrah pada November ini.

“Selain, Imbuhan juga akan diberikan kepada produksi mengikut kesesuaian tugas mereka sepanjang penggambaran.

"Pihak kami juga telah membeli dua buah mesin rawatan dialisis untuk membantu golongan seni atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah buah pinggang.

“Ia sebagai satu penghargaan dan tanggungjawab sosial pihak kami," kata Rahman kepada Gempak.

Abdul Rahman ditemui ketika majlis santai bersama media di MZ D’Tasik Seafood Restauran, Bandar Baru Bangi, pada baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut mengesahkan pengarah Syamsul Yusof, pelakon Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy tidak akan terlibat dalam filem prekuel berkaitan Mat Kilau.

Ia disebabkan watak Adi dan Beto tidak diperlukan dalam prekuel itu manakala ketiadaan Syamsul kerana ingin memberikan peluang kepada pengarah baharu yang berbakat.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!