Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sepupu Sajat Mahu Saman Harith Iskander – “Bila Seseorang Menjatuhkan Reputasi Kita…”

Fiza Kamarudin
26/10/2021 03:33 MYT
Bekas pengurus usahawan sensasi, Nur Sajat, Nurnilam Sari bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terkenal, Harith Iskander.

Nurnilam Sari berkata, tindakan tersebut adalah berhubung kandungan temu bual Harith dan Nur Sajat baru-baru ini yang didakwa berat sebelah.

Menerusi beberapa hantaran di laman sosial Facebook, Nurnilam Sari kesal dengan tindakan Harith sebagai hos yang membenarkan orang bersalah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

Perkara tersebut katanya, boleh mencemar maruah dan reputasi.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada Harith Iskander kerana membenarkan orang bersalah bercakap tentang kes penipuan yang telah diadili di mahkamah…Mencemarkan maruah dan reputasi.

“Bila seseorang manjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara dan cuba membuat fakta yang salah. Jadi, berhati-hati Harith Iskander, dengan temu bual anda secara live,” katanya.

Nurnilam Sari turut mendakwa, Nur Sajat telah memutar belit fakta menerusi temu bual tersebut apabila menyebutnya sebagai pegawai perhubungan awam dan pemasaran ketika bekerja di syarikat usahawan terbabit.

“Eh tiba kata kita PR dan Marketing urus stokis. Salah tu Sajat..Kita General Manager awak dulu, pencacai mengurus segala untuk awak…Sampai duit kita pun pinjam berjuta kannnn kannnn kannn…Cakap serupa ular,” katanya menerusi sebuah hantaran.

Bagaimanapun, Harith Iskandar memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu seperti yang dikatakan berat sebelah semasa temu bual secara langsung itu.

Sementara itu Harith di laman sosial Instagram (IG)nya berkata, dia tidak menyebelahi sesiapa menerusi program What’s Going On Malaysia kelolaannya itu.

“Episod malam tadi bersama usahawan kosmetik Nur Sajat ‘meletop’ dan kesimpulannya kita tak kenal seseorang itu sehingga kita dengar dari diri mereka sendiri.

“Seperti yang saya katakana malam tadi, Nur Sajat hanyalah manusia biasa. Dia mengaku tidak sempurna tetapi nampaknya orang-orang yang menghentam dan hina dia ‘lebih sempurna’ daripada dia.

“Ada peribahasa that says: People who live in glass houses should not throw stones. Saya di sini bukan untuk menyebelahi dia atau sesiapa sebab saya bukan hakim. What's Going On Malaysia is my personal avenue to speak to people and hear their point of views and opinions.

“Anda tak perlu percaya atau suka dengan apa Nur Sajat ceritakan tapi at least sekarang kita dengar dari mulutnya sendiri. And let’s not make it worse by hentam or being “palatao” on any issues,” katanya.

Terdahulu, Nur Sajat menerusi temu bualnya dengan Harith telah menceritakan kronologi yang berlaku sehingga dia mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara.
#Harith Iskander #saman #Nur Sajat #Sepupu Nur Sajat
;