VIRAL
Seragam Pekerja Pos Malaysia Koyak, Respons CEO Curi Perhatian - “Amboi, Sehembus Je Suruh Posmen Reti Bersyukur"
Tular baru-baru ini isu yang melibatkan seorang pekerja Pos Malaysia yang memohon diberikan pakaian seragam baharu bagi menggantikan uniform lama yang telah lusuh dan koyak.
Pekerja Minta Uniform Baru
Menerusi tangkap layar sebuah aplikasi sembang, seorang pekerja bertanya bilakah dia akan menerima uniform baharu kerana ada pelanggan yang menegur pakaiannya itu.
“Assalamualaikum, bila baju baru nak dapat? Baju lama dah teruk sangat dah ni. Sampai pelanggan pun dah tegur,” tulis pekerja tersebut.
Respons CEO kejutkan ramai
Bagaimanapun, cara respons yang didakwa daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia, Charles Brewer itu dikatakan berbaur sinis dan dilihat angkuh.
“Count yourself lucky that you don’t work for one of the foreign carriers who don’t provide uniform at all,” jawabnya dengan angkuh.

Ternyata tindakan Charles tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet, ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk ‘buli korporat’ terhadap pekerja bawahan.
Netizen kecam respons sinis
Menjengah ke ruangan balas perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut mengkritik prestasi keseluruhan Pos Malaysia di bawah kepimpinan Charles.
“Bencinya perangai penjajah yang tersangat entitled,” kecam netizen.
“Buat kelakar je lantik expat jadi ceo tapi kekal rugi,” komen netizen.
“Punya la rider bawa imej Pos Malaysia, kena condemn dengan boss sendiri. What is this response, Mr. Brewer? You guys can't provide even basic uniforms?,” persoal netizen lain.
“Malaysia ni dah tak ada yang layak ke sampai National Courier company CEO nya orang putih?,” kritik netizen.
“Amboi dah sedap duduk kat atas, sehembus je suruh posmen reti bersyukur. Eh hello that’s your company duty to ensure all the workers are presentable. Pekerja pakai baju dah koyak, meaning Pos Malaysia tengah ‘sesak’ ke tak mampu provide extra baju?,” kritik netizen lain.
Must-Watch Video