"Seram, Nak Gugur Jantung!" - Penonton Approved Talbis Iblis, Kini Kutipan Dah Cecah RM3 Juta
Mya Amri
01/11/2022 10:05 MYT
01/11/2022 10:05 MYT
Filem seram arahan Khabir Bhatia iaitu Talbis Iblis berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.
Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Astro Shaw hari ini.
Kejayaan ini sekaligus membuktikan sokongan penonton terhadap filem tempatan sangat memberangsangkan.
Malah pelakon Talbis Iblis, Zul Ariffin dan Azira Shafinaz juga turut berkongsi kegembiraan itu di akaun media sosial masing-masing.
Dalam pada itu, penonton juga turut memberikan komen-komen positif tentang Tablis Iblis antaranya:
“Dah tengok, seram! Nak gugur jantung den,”
“Seram cerita ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi, best! Tahniah team Talbis Iblis,”
Selain Zul dan Azira, Talbis Iblis turut dibintangi oleh Nasha Aziz, Sherie Merlis dan Jay Iswazir.
Talbis Iblis ini juga diterbitkan oleh gabungan penerbit hebat tanah air iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.
Jadi bagi anda yang belum menonton, saksikan Talbis Iblis di seluruh pawagam di Malaysia sekarang.
Sinopsis:
Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.
Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.
Kemudian terjadinya kisah-kisah misteri yang melibatkan Hajar dan Mak Ju di rumah berkenaan.