Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Seram Tapi Tetap Nak Tengok! Lakonan Power! Tak Expect Plot Twist Gitu!”- Talbis Iblis Dapat Respon Positif

Mya Amri
21/10/2022 04:24 MYT
Baru sehari ditayangkan bermula 20 Oktober namun filem seram, Talbis Iblis sudah menerima pelbagai komen positif penonton.

Menerusi beberapa perkongsian di laman sosial, rata-ratanya memuji jalan cerita dan juga lakonan para pelakon yang terlibat dalam naskhah tersebut.

“Not bad ya Talbis Iblis, tak expect plot twist dia gitu. For me yang suka movie like that i give 10/10 la,” komen seorang penonton

“8/10, memang seram. Especially the climax scene. Azira Shafinaz punya lakonan memang Chef Kiss. Mulai hari ini dah boleh tonton di pawagam ya,” puji seorang lagi penonton.

Selain itu, naskhah hebat ini juga mendapat sentuhan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia.

Talbis Iblis ini juga diterbitkan oleh gabungan penerbit hebat tanah air iaitu Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment.

Filem ini dibintangi oleh Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah.

Saksikan Talbis Iblis yang ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia sekarang.

Sinopsis:

Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis dikenali sebagai Hajar yang dihantar ke sebuah tempat jauh dari kota untuk melahirkan bayi secara rahsia.

Seorang bidan, Mak Ju menjaga Hajar, namun dia mempunyai perancangan lain terhadap gadis itu.

Kemudian terjadinya kisah-kisah misteri yang melibatkan Hajar dan Mak Ju di rumah berkenaan.

;