Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Seram Ye Dia Start Menyeringai & Gelak" - Shanell Harun Cuak Staff Kena Rasuk Selepas Terawih

Amri Hassan
15/04/2021 04:25 MYT
Pereka fesyen Shanell Harun cemas apabila salah seorang daripada kakitangan di butiknya berdepan kejadian misteri malam tadi.

Bukan sengaja mencari publisiti, kata Shanell, kejadian yang berlaku di hadapan matanya itu sendiri membuatkannya tergamam.

"Nell terpaksa cancel beberapa appointment lepas buka puasa tadi akibat kejadian ni. Bukan untuk mencari publisiti, tapi ni la kejadian sebenar di butik. Selalu tengok dalam TV tapi hari ni jadi depan mata. Speecless!

"Nell bukak puasa dgn staff-staff di @dapoqschombi. Lepas dah settle dorang balik butik untuk solat dan sambung keje.

"Then one of my staff called dan bagitahu assistant designer Nell dah start berperangai pelik. Berlari Nell ke butik.

"Sampai di sana Nell tengok my staff dah kejung, mata ke atas. Nell ingat dia hypo (maklumlah ada pengalaman jaga mak Nell) rupanya tidak," tambah Shanell.



Menceritakan semula pengalaman menyeramkan itu, kata Shanell dia terpaksa mendapatkan bantuan daripada ustaz apabila kakitangannya itu mula berperangai lebih pelik.

"Seram ye bila dia start menyeringai dan gelak-gelak. Dalam hati Nell, ni dah bukan dia ni.

"Berlari la staff ke sekolah tahfiz belakang butik panggilkan ustaz. Nasib baik time tu dah lepas terawih. Rezeki kami ada ustaz yang datang membantu. Alhamdulillah semuanya okay.

"Bulan-bulan puasa pun ada makhluk Allah cuba mengganggu. Kot ye pun datanglah tolong jahit manik ke, tampal diamond ke ye dok?

"Suke tau main usik-usik gini. Ishhh! Get well soon Wan," cerita Shanell lagi.

Perkongsian Shanell itu mengundang rasa simpati dan geram netizen terhadap sikap sesama manusia sendiri yang punyai perasaan tidak berpuas hati atas kejayaan orang lain.

"Saka kot Nell, kena ikat bos-bos, kuncu-kuncu masih ada," kata @hildanazeera.

"Seriuslah bulan Ramadan pun ada syaitan yang merasuk. Bukan semua dah kena ikat ke," tambah @_hellozx.

"Sukar nak percaya tapi ia wujud. Pengalaman yang memang menyakitkan," tambah @mewangicinta pula.

"Allahu, bulan puasa bulan baik pun masih ada buat benda-benda macam tu," tulis @aloeym.

"Pesan pada staff, amalkan surah pendinding diri," nasihat @miyamustafa.14.

#Viral #Pereka Fesyen #Terawih #Jin #Shanell Harun #Rasuk