Seramai 321,331 Individu Terima Vaksin COVID-19 Setakat Semalam
Asraf Aided
16/03/2021 06:35 MYT
16/03/2021 06:35 MYT
Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima suntikan vaksin dos pertama setakat semalam.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan Selangor mencatat rekod pemberian vaksin paling tinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).
"Di Kuala Lumpur seramai 29,937 individu, Pahang (25,525), Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877) dan Terengganu (14,949).
"Di Negeri Sembilan pula seramai 12,865 individu, Melaka (8,251), Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan (2,342)," katanya.
Terdahulu, program imunisasi telah dilancarkan pada 24 Februari 2021.
Program ini menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk di Malaysia termasuk warga asing.