Aksi penyanyi Syafiq Farhain yang telah menundukkan seekor ular sekaligus merangkul kepalanya telah membuatkan ramai netizen kagum.
Video itu dimuat naik oleh Syafiq di akaun Instagram (IG) miliknya ketika bertugas sebagai anggota bomba sambil diperhatikan oleh seorang rakan sekerjanya.
Dalam enrti yang sama Syafiq dengan berseloroh memberitahu dia sedang membina keyakinan diri sebelum mendirikan rumah tangga.
“Tengah bina keyakinan diri sebelum salam dengan wali awak. Selamat Hari Bomba Sedunia,” katanya.
Rata-rata terkejut dan dalam masa yang sama kagum melihat keberanian anak kepada arwah penyanyi Saleem itu.
“Ini ilmu penunduk ni,” kata salah seorang rakan artis.
“Kalau macam ni bina keyakinan. Suruh kirim salam je la,” komen salah seorang netizen.
“Seramnya,” bimbang salah seorang warga maya.
Syafiq yang merupakan penyanyi kelahiran Big Stage musim pertama dengan dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita