Kisah serigala jadian yang membuat onar dan menyerang penduduk Kampong Pisang bakal bersambung dalam episod kedua malam Isnin ini.

Drama premium terbitan Astro Originals yang berjudul Warewolf Dari Indonesia ini turut menampilkan pelakon handal Azlan Komeng, Wan Raja, Hushairi Hussien dan Sharwani NS.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)


Keadaan Kampong Pisang yang dipenuhi warga Indonesia yang bekerja dikatakan menjadi punca pada penularan wabak serigala ini.

Malah, penduduk kampung turut meminta bantuan daripada bomoh terkenal Pak Joko Anwar bagi menghapuskan serigala jadian yang membuat kacau.

Mampukah Rashid (Azlan Komeng) yang merupakan ranjer hutan mematahkan serangan dan apakah yang menjadi punca kepada pembalasan dendam terhadap ketua serigala jadian tersebut?

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).