UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Serangan 'Virus Botak' Cetus Kebimbangan

Gempak 16/01/2025 | 03:25 MYT

Fenomena misteri dan membimbangkan digelar sebagai 'virus botak' menyerang beberapa perkampungan di daerah Buldhana di Maharashtra, India.

Lebih 150 penduduk termasuk di Kalwad, Bhongaon dan Pahurjira dilaporkan mengalami keguguran rambut yang teruk serta menjadi botak dalam tempoh tiga hari.

Sebahagian daripada mangsa mendakwa gejala itu bermula dengan gatal-gatal pada kulit kepala dan disusuli dengan rambut gugur.

"Ramai yang terpaksa membotakkan kepala mereka kerana gumpalan rambut gugur yang menakutkan," menurut laporan media tempatan.

Laporan kajian awal mendapati sampel kulit kepala, rambut dan kuku tidak menunjukkan sebarang jangkitan kulat yang menyebabkan 'virus botak' tersebut.

"Penyelidikan lanjut meliputi laporan mikrobiologi penting untuk diagnosis definitif.

"Pasukan pakar daripada Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) turut dihantar ke kawasan terjejas untuk mengenal pasti punca sebenar," ujar pihak berkuasa kesihatan yang menggesa komuniti berkenaan supaya tidak panik.

Selain itu, pentadbiran daerah juga melaksanakan beberapa langkah seperti menguji sumber air dan memeriksa faktor alam sekitar lain.

Sumber: Sinar Harian

#Virus #Botak #Kebimbangan #Cetus
;