Seriau Dengan MuslimPro? Ini 5 Aplikasi Terbaik Sempena Ramadan Kareem!
13/04/2021 13:30 MYT
Ramadan tiba lagi dan pastinya ramai yang tertanya-tanya aplikasi apakah yang sesuai untuk digunakan.
Malah, sejak aplikasi MuslimPro dilanda kontroversi, pengguna tercari-cari pengganti dan pilihan alternatif terbaik.
Untuk #SembangGajet kali ini, penulis sediakan aplikasi yang wajib anda cuba sepanjang Ramadan.
#1 Qalby
Jangan tak tahu pengasas aplikasi ini adalah personaliti TV dan aktivis muslimah, Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina.
Menerusi aplikasi ini anda akan menerima waktu solat, petikan ayat Al-Quran dan hadis.
Selain itu terdapat juga Qalby TV yang memaparkan pelbagai video dan perkongsian doa dan ceramah menarik.
Anda juga ditawarkan untuk menyertai bengkel berkaitan keagaman
#2 Iman Pro
Aplikasi ini antara yang popular selepas ‘kejatuhan’ MuslimPro.
Aplikasi ini perlu dibayar dengan harga RM19.90.
Dengan harga tersebut, anda akan menerima waktu solat termasuk imsak secara terperinci.
Anda juga boleh membuat carian masjid terdekat selain turut dilengkapi kompas arah kiblat.
Untuk pengguna iOS, anda juga boleh meletakkan ‘widget’ pada laman skrin anda.
#3 Waktu Solat Malaysia
Jika anda mahukan aplikasi yang ringkas, ini pilihan terbaik.
Aplikasi ini agak menyeluruh kerana selain memberi maklumat waktu solat dan arah kiblat, ia juga menyertakan wirid, zikir dan panduan solat.
Navigasi aplikasi ini juga mudah dan mesra pengguna.
#4 TheNoor
Aplikasi ini yang dilancarkan oleh Neelofa ini menyertakan pelbagai fungsi menarik seperti bacaan Al-Quran dengan terjemahan pelbagai bahasa.
Bunyi audio aplikasi ini juga menggunakan resolusi tinggi dan berkualiti.
Aplikasi ini juga sangat cantik dan nampak premium.
#5 Muslim: Ramadan, Azan, Qibla
Aplikasi ini juga antara yang popular kerana mempunyai fungsi waktu bersahur, berbuka dan waktu solat yang menyeluruh.
Turut disediakan termasuklah pengiraan zikir dan pelbagai doa harian serta kalendar Islam.
Apapun diharapkan aplikasi ini memberi anda lebih semangat untuk menghabiskan masa dengan aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan.
Lebihkan ibadah daripada melakukan perkara laghah!
Selamat berpuasa semua!