gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) Tampil Dengan Kategori Baharu, Angkat Tema ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Khalyn Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka, Sedia Bangkit Semula - “Saya Percaya Pada Rezeki…”
HIBURAN
Alasan Revalina S Temat Tak Mahu Bawa Watak Jahat, Tidak Ambil Penggambaran Hujung Minggu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
08/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
Pempengaruh, Ryzal Ibrahim akui tidak mahu aktif dalam aktiviti berbasikal kerana mahu mengelakkan diri daripada bergaduh dengan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 33, pada awalnya dia mahu membeli sebuah basikal namun membatalkan hasratnya selepas melihat sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa terhadap penunggang basikal di Malaysia.
Namun, hasrat itu terpaksa dibatalkan selepas melihat sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertimbang rasa terhadap penunggang basikal di Malaysia.

“Saya tak lagi berbasikal sebab nak elak gaduh macam ni. Saya pulangkan balik basikal tu pada tuan punya, tak jadi beli,” katanya.

Pada masa sama, Ryzal turut menyatakan walaupun berbasikal di jalan raya tidak dilarang di Malaysia, namun ia tetap berisiko tinggi disebabkan sikap segelintir pengguna jalan raya yang lain.
“Di Malaysia ni, jalan raya bukan untuk basikal. Bukan kata tak boleh ride, tapi pemandu jalan raya bukan semua ada pertimbangan.

“Kalau mereka terlanggar atau sengaja langgar sekalipun, penunggang basikal tetap akan dipersalahkan. Undang-undang pun akan lebih berpihak kepada pemandu.

“Kalau selalu berbasikal, mesti perasan papan tanda yang tertulis ‘menunggang basikal di jalan raya adalah berbahaya’,” jelasnya.
Terdahulu, pada Ahad lalu, tular satu video memaparkan pertengkaran antara sekumpulan penunggang basikal dan seorang pemandu bas di Bestari Jaya, Selangor. Kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat ketidakpuasan hati pemandu terhadap laluan yang digunakan oleh kumpulan penunggang basikal berkenaan.

BERITA BERKAITAN: Dikecam Sebab Anak Tak Sengaja Terlangkah Al-Quran, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf - “Kalau Saya Tak Tahu Adab Menjaga Mushaf, Mustahil Baca…”

BERITA BERKAITAN: Ryzal Ibrahim Nasihat Anak Supaya Tidak Menilai Seseorang Berdasarkan Warna Kulit - “Rina Tak Boleh Cakap…”

BERITA BERKAITAN: Hari Ke-9 Berpantang, Maryam Gembira Dapat Keluar Rumah, Ramai Puji Ryzal Suami Yang Baik - “Alhamdulillah, Bagusnya Jaga Emosi Isteri”

Topic Berkaitan
#Berbasikal
#Insiden
#Jalan Raya
#Ryzal Ibrahim
#Pengguna
#Serik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement