Serina Redzuawan Perjelas Dakwaan Produknya Jadi Punca Kematian

Asraf Aided
Ogos 24, 2018 09:48 MYT
Seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran pelakon Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini.
Wanita itu mendedahkan ibu saudaranya telah berhenti melakukan rawatan kimoterapi akibat dinasihati jurujual produk keluaran pelakon tersebut dan akhirnya meninggal dunia.
Tidak berdiam diri, Serina tampil menafikan kenyataan tersebut menerusi sebuah entri di Instagram.
"Masya-Allah, ada juga yang busuk hati nak sabotaj bisnes saya, individu ini menuduh kononnya produk keluaran saya menjadi punca kematian ibu saudaranya.
"Ibu saudara individu ini meninggal pada tahun 2015 manakala produk saya mula dikeluarkan pada tahun 2017, secara logiknya dakwaan itu memang tidak benar," tulis Serina.
Pada masa yang sama, Serina menyarankan individu terbabit agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap produk keluarannya dan menyifatkan ia sebagai sabotaj yang tidak berasas.
Sumber : IG Serina Redzuan
#Serina Redzuan