Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sering Bergaduh Masa Awal Perkenalan, Janna Nick Dedah Sisi Sebenar Dini Schatzmann - "Paling Yang Aku Terpaksa Jadi 'Fake' Adalah Bab Makanan"

Zulaikha Yusof 01/03/2021 | 09:55 MYT
"Macam langit dengan bumi."
Itu ungkapan dari pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, terhadap jejaka berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Dini Azan Schatzmann, 27.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata perwatakannya dengan Dini sangat kontra sehingga membuatkan mereka kerap berselisih faham pada awal perkenalan.
Katanya, Dini seorang yang Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau dalam bahasa Melayu bermaksud Kecelaruan Obsesif Kompulsif.
"Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi. Kontra ya amat. Awal-awal perkenalan dulu, gaduh ja la sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.
"Dia OCD, aku jenis bersepah (bersepah ja la bukan pengotor). Tutup pintu kereta kuat-kuat kena marah, makan dalam kereta tak boleh.
"Jadi aku jadi rimas. Sebab selama aku hidup tak ada orang kawal hidup aku. Sebab kan aku membesar dengan tok dan tokwan, lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama.
"Tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak kawal hidup aku. Mesti jiwa raga aku rasa memberontak," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah pelakon drama Marry Me, Senorita, Dini seorang yang overthinking dan sukar untuk membuat keputusan walaupun dalam hal kecil seperti membeli barang dan memesan makanan.
"Lepas tu dia ni sejenis overthink teruk! Dia akan fikir satu satu benda tu punya la complicated sampai aku yang stress. Uish stress dengan orang yang overthink ni.
"Macam kau dah takda nasihat dah nak bagi untuk dia relaks. Ayat aku selalu cakap, "relaks ok, jangan kerut sangat muka tu". Lepas tu, indecisive!
"Dia akan keliru gila bila nak buat keputusan. Nak beli barang, nak pesan makanan, nak beli baju.. Eh macam-macam lah!
"Paling yang aku terpaksa jadi fake adalah, bab makanan! Cara kitaorang makan, sangat lah berbeza ye. Aku ni makan la segala jenis mak nenek. Dia ni masa awal awal dulu, vegan (vegan yang makan daging atau ayam tipu-tipu tu).
"Bayangkan, dating pun aku kena pura-pura aku suka makan makanan dia. Padahal okey ja la," tulis Janna.
Dalam pada itu, pengacara program hiburan Melodi turut mengingatkan supaya menerima dan faham dengan cara hidup pasangan masing-masing kerana semua orang tidak keluar dari acuan yang sama.
"Pendekkan cerita, banyak lagi perbezaan dari segi mentality dan upbringing. Tapi, point yang aku nak bagitau.
"Cara kita membesar, persekitaran, didikan, pengalaman yang menjadikan kita manusia yang berbeza.
"Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu dan begini atas sebab sebab yang tertentu.
"Kau tak boleh salah kan masa silam dia, kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama-sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.
"Yang ada pengalaman pahit atau sejarah hitam dalam hidup tu tak perlu nak selalu rasa down sampai kan pasangan kau rasa tak gembira hidup dengan kau," tulisnya lagi.
Sekadar makluman, Janna dan Dini mula menjalin hubungan percintaan sejak Jun 2019.
Jangan lupa saksikan gandingan mereka menerusi drama Marry Me, Senorita pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
#Janna Nick #Pasangan bercinta #Dini Schatzmann
;